Lirik Lagu One Path - Yang Terbaik (Here's Your Perfect)

Lirik Yang Terbaik (Here’s Your Perfect) - One Path

Masih ku ingati Memori bersama Tika bertemu Alangkah bahagianya Saat indah itu Sungguh ku rindu

Namun segalanya Tak seperti dulu Hanya kerana Salah faham sahja Salah kecil sahaja

Ku tak mahu lagi salahkan sesiapa Kerna ku sedari salahku sendiri Dan aku mencuba merubah diri Maafkanku

Ku cuba menjadi yang terbaik Namun diriku ini tak sempurna Selama ini ku berusaha untuk membahagiakanmu Keranaku cintaimu

Kelemahanku bukanlah bermakna Ku membencimu Jujur tiada niat di hati Untuk menyakitimu

Namun ku tertanya Mengapa hanya kerna Satu salahku kau terus berpaling Seolah ku tidak pernah ada Secebis jasa

Ku cuba menjadi yang terbaik Namun diriku ini tak sempurna Selama ini ku berusaha untuk membahagiakanmu Namun teman

Ku sedar ku bukan yang terbaik Kerna itu ku harap kau teguri Namun mengapa engkau menjauhi dan memburukkanku Sungguh aku sedia Menerima segala teguranmu dan ku kan berubah ku merayu maafkanku

image

Baca Juga: Lirik Lagu Garah - Hael Husaini, MimiFly